Cinta yang tidak berbalas adalah sesuatu yang semestinya menyakitkan dan boleh membuat kita merasa sedih dan akan menjejaskan kesihatan mental dan keyakinan diri. Ia juga dapat membuatkan seseorang merasa terperangkap dengan emosi yang sukar untuk diatasi.
Lebih teruk daripada itu, berhadapan dengan situasi ini juga boleh menghalang anda daripada mencintai diri sendiri, dan menghalang seseorang daripada berhubung dengan cinta sejati.
Pernahkah anda berada dalam situasi apabila anda merasakan dan berfikir bahawa pasangan anda tidak suka anda dan tidak serius dalam hubungan? Jika jawapan anda adalah ya, maka kemungkinan artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk melalui situasi yang sukar ini.
Jom kita kenali 11 tanda pasangan dah tak sayang kita.
11 Tanda Pasangan Tidak Lagi Ikhlas dengan Anda
1. Tidak Bercakap Tentang Masa Depan
Salah satu tanda yang sangat jelas adalah sekiranya pasangan anda seakan tidak berminat untuk membincangkan masa depan atau membuat rancangan dengan anda.
Mungkin pada mulanya, pasangan sering memberi alasan atau bergurau setiap kali adanya topik perbualan masa hadapan diutarakan, namun kini sebarang perbualan bertukar menjadi pergaduhan besar.
Jika pasangan anda lari dari atau enggan bercakap tentang masa depan, sudah tiba masanya anda menyedari bahawa pasangan mungkin tidak bersedia mahupun tidak ada niat untuk komited dan serius dalam hubungan ini.

2. Selalu Bergaduh
Jika rutin harian dan kehadiran anda kini seakan mula mengganggu pasangan, dia mungkin telah kehilangan rasa cinta untuk anda.
Hubungan yang dulunya manis dan penuh gelak-tawa dan rasa cinta, kini hanya penuh dengan pergaduhan dan hilang rasa hormat adalah salah satu tanda pasangan tidak suka kita lagi.
Sekiranya anda melalui fasa ini bersama pasangan, cuba untuk bercakap dengan pasangan. Sekiranya konflik ini masih tidak dapat diselesaikan, sudah tiba masanya untuk anda menilai semula hubungan ini.
Berkaitan: Cara Pujuk Perempuan Merajuk
3. Anda Mula Rasa Terabai
Adakah anda mula merasa seperti anda yang melakukan semua benda dalam hubungan ini? Sama ada untuk perkara-perkara kecil seperti memulakan perbualan atau menetapkan temu janji – anda kini merasa bagai diri diabai dan pasangan sudah tidak peduli.
Sekiranya jawapan anda adalah ya, kemungkinan ini adalah tanda lelaki hanya main-main dengan perasaan anda.
Jika pasangan anda tidak lagi peduli tentang kebahagian anda dan tidak lagi menghiburkan anda semasa kesusahan, sudah tiba masanya untuk anda menjadi tonggak kekuatan anda sendiri dan melangkah pergi dari perhubungan yang tidak lagi pasti.

4. Status Media Sosial Pasangan Tidak Menyebut Berkenaan Anda
Ini mungkin tidak penting bagi sesetengah orang tetapi kadang-kadang, tanda-tanda pasangan tidak suka anda lagi ialah apabila mereka tidak langsung menyebut tentang anda dalam media sosial mereka.
Tanda lelaki ikhlas mencintai apabila mereka selalu menyebut dan menunjuk-nunjuk pasangan di media sosial, sebaliknya bukan selalu online tapi tak chat dalam media sosial.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang hanya tidak menggunakan media sosial, dan sesetengah orang hanya suka mempunyai sedikit privasi dalam dunia media sosial yang pantas ini.
Jadi, pastikan anda mengetahui sebab anda tidak berada dalam media sosial pasangan anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terburu-buru.
5. Terlalu Banyak Alasan
Terdapat beberapa sebab seseorang mungkin gagal memberitahu kita kebenaran tentang cinta mereka kepada kita, dan terdapat beberapa sebab seseorang mungkin memberi seribu satu alasan tentang mengapa layanan mereka terhadap kita berubah.
Namun yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab pasangan untuk sentiasa jujur dan dan sedia berkongsi kebenaran. Oleh itu, sekiranya terdetik dihati anda bahawa pasangan seakan terlalu banyak memberi alasan yang tidak munasabah, sudah tiba masanya untuk menilai semula hubungan ini.
Seperti yang selalu diperkatakan, tak nak kawan sudah. Tiba masa untuk anda cari kebahagiaan anda sendiri tanpa mereka.
6. Fokus Pada Kekurangan, Bukan Kelebihan
Sejujurnya, apabila pasangan mula fokus pada kekurangan dan bukan kelebihan anda, situasi ini amat menyakitkan hati.
Jika pasangan mula tunjuk dan membuat anda sedar bahawa wanita lain lebih cantik, lebih bijak, lebih seksi, atau lebih berbakat daripada anda, dia tidak melihat anda seperti dahulu. Pasangan juga telah hilang rasa hormat terhadap diri anda.
Pasangan yang benar-benar mencintai tidak akan sekalipun menilai dan membeza-bezakan anda dengan orang lain. Oleh itu, ketahuilah ini adalah antara tanda orang tak suka kita dan tidak lagi serius dalam hubungan.

7. Tidak Mahu Berkompromi
Hubungan yang sihat dan bahagia memerlukan pasangan untuk berkompromi dengan satu sama lain. Antara tanda lelaki ikhlas mencintai adalah apabila dia faham akan keperluan satu sama lain dan berusaha untuk memenuhi setiap keperluan anda.
Hubungan yang sihat adalah satu kerja keras dan usaha yang perlu diambil setiap hari, namun ianya berbaloi apabila anda mencintai seseorang.
Jika pasangan anda tidak lagi peduli tentang keperluan anda dan enggan berkompromi dengan gaya hidupnya, sudah tiba masanya untuk anda menilai hubungan ini dengan lebih mendalam.
8. Tiada Intimasi
Sekiranya pasangan dahulunya sering berkongsi segala-galanya, namun kini dia mula menjauhkan diri biarpun dari segi fizikal ataupun mental, maka ketahuilah bahawa intimasi antara pasangan telah berkurang dan kadangkala ianya adalah tanda lelaki nak putus.
Intimasi di dalam sesuatu perhubungan adalah penting untuk memupuk rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.
Sekiranya pasangan tidak lagi cuba untuk berintimasi dengan anda, dan seakan menyimpan rahsia dari anda, maka hubungan ini akan menjadi sukar untuk diteruskan.

9. Merahsiakan Hubungan Dari Keluarga dan Rakan
Sekiranya pasangan seakan menjauhkan anda daripada orang lain, seperti keluarga dan kawan-kawanya, maka ketahuilah bahawa ada yang tidak kena dengan hubungan ini.
Cuba teliti sekiranya pasangan mengelak untuk menjalinkan sebarang hubungan antara anda dan keluarganya, serta teman-teman rapatnya.
Jika anda sedang merasakan bahawa pasangan sedang menyembunyikan anda daripada orang-orang penting dalam hidupnya, kemungkinan besar anda mungkin betul. Masa untuk anda teruskan hidup dengan melepaskan diri dari hubungan ini.
Ingatlah bahawa tanda lelaki serius nak kahwin adalah bermula dengan memperkenalkan anda dengan keluarga dan teman rapatnya.
10. Anda Tidak Tahu Akan Kehidupan Peribadinya
Ini juga adalah salah satu tanda besar bahawa hubungan anda dan pasangan tidak serius. Pasangan yang betul-betul ikhlas dengan anda akan sentiasa berkongsi tentang kehidupan peribadi mereka dengan anda.
Sekiranya anda mengetahui bahawa anda tidak dapat jemputan ke majlis-majlis penting keluarga dan rakan pasangan, maka ketahuilah bahawa itu adalah cara lelaki bagi hint anda tidak lagi penting buat mereka.
Berkaitan: Soalan Untuk Mengenali Pasangan Anda
11. Pasangan Melayan Anda Seperti Beban dan Tidak Menghargai Anda
Pasangan yang benar-benar sayangkan anda akan melayan anda seperti pasangan hidup yang dia hargai dan hormati, bukan sesuatu yang dianggap seperti kewajipan dan membebankan.
Jika anda dapati pasangan telah kurang menghargai kehadiran anda dalam hidup mereka, maka cuba untuk menyuarakan kebimbangan anda dan cuba untuk menyelesaikan konflik ini dengan cara yang baik.
Sekiranya pasangan tidak berubah dan masih seperti terpaksa melayani kehadiran anda, maka sudah tiba masa untuk anda ketahui bahawa pasangan tidak lagi ikhlas mencintai anda.

Bagaimana untuk Melepaskan Seseorang yang Tidak Mencintai Anda
Menyedari bahawa anda sedang menjalin hubungan dengan seseorang yang tidak mencintai anda adalah sukar.
Namun, mempunyai pengetahuan ini memberi kuasa kepada anda untuk membuat perubahan radikal dalam hidup anda dan masa depan yang anda inginkan untuk diri sendiri.
Jadi, apa yang harus anda lakukan untuk melepaskan seseorang yang tidak mencintai anda? Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk diri sendiri adalah:
- Beritahu mereka perasaan anda
- Hormati keputusan pasangan anda
- Fokus pada diri anda sendiri
- Jangan berputus asa dengan cinta
- Dapatkan terapi untuk menyembuhkan diri anda jika perlu
Penting untuk diingat bahawa teknik ini mungkin tidak boleh digunakan untuk semua situasi. Jika anda atau seseorang yang anda sayangi sedang berurusan dengan perhubungan yang sukar — bantuan profesional mungkin diperlukan untuk mengeluarkan diri anda daripada perhubungan itu.
Sebaik sahaja anda benar-benar ingin untuk mengorak langkah dari kesakitan akibat perhubungan yang gagal, ketahuilah yang anda sudah mula boleh mencari kebahagiaan anda yang seterusnya. Anda kini boleh mula mencari teman, kawan baharu atau cinta baharu apabila anda betul-betul bersedia.
Salah satu cara yang boleh anda lakukan, serta salah satu cara yang telah ramai digunapakai secara meluas dalam generasi ini ialah temu janji dalam talian. Temu janji dalam talian kini adalah salah satu cara yang mudah untuk mereka yang ingin mencari pasangan mahupun kawan untuk mengisi masa lapang.
Salah satu platform temu janji dalam talian terbaik di mana anda boleh mencari cinta dan membina hubungan yang tulen adalah Sundate. Sundate menawarkan temu janji perhubungan mewah di mana ahli boleh berhubung, bertemu dan mengembangkan hubungan yang saling menguntungkan.

Di Sundate, anda boleh menikmati ketelusan dan kejujuran, menyemak imbas daripada profil yang disahkan, bertemu pasangan melalui tetapan peribadi yang, dan kekal berhati-hati pada masa yang sama.
Jangan tunggu lagi dan daftar untuk mengalami temu janji dalam talian di Sundate sekarang. Anda juga boleh menyemak imbas senarai ayat pick up line melayu yang menakjubkan di sini.
Bahagia adalah Hak Anda
Jika anda berhadapan dengan seseorang yang tidak menyayangi anda, tabahkan diri anda dan cari jalan untuk mendapatkan kebahagian untuk diri anda sendiri.
Fahamilah bahawa ada seseorang di luar sana yang akan mencintai anda sepenuhnya, namun adalah penting untuk anda mencipta ruang untuk mereka mengenali anda.
Akhir kata, diharap artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda dan membantu anda dalam mengenali apa itu cinta, dan bagaimana cara untuk anda melepaskan sesuatu yang tidak pasti.