Tidak kira di peringkat mana hubungan anda, adalah penting untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasangan anda. Antara cara yang boleh anda ambil untuk mengenali lebih lanjut tentang pasangan adalah dengan bertanya soalan-soalan penting. Mari kita lihat senarai soalan untuk mengenali pasangan yang boleh anda tanya kepada mereka untuk lebih intim antara satu sama lain.
Pada awal hubungan, adalah penting untuk mengenali pasangan. Bertanya tentang zaman kanak-kanak mereka, apa yang mereka suka, atau tabiat mereka boleh memberi anda gambaran yang baik tentang siapa pasangan anda.
Mari kita ketahui lebih lanjut tentang soalan-soalan psikologi yang boleh diutarakan kepada pasangan anda.
Soalan Mengenai Masa Lalu
1. Pengalaman pasangan di sekolah menengah.
Tak semua stereotaip sekolah menengah boleh digunapakai, namun, memahami bagaimana pasangan anda di sekolah boleh memberi anda gambaran umum tentang sikap mereka semasa mereka masih muda.
2. Mengapa hubungan terakhir mereka berakhir?
Dalam hubungan yang matang, anda dan pasangan seharusnya boleh bercakap tentang pasangan dan hubungan anda yang lalu. Memahami sebab hubungan terakhir mereka berakhir boleh memberi ada sedikit sebanyak fahaman tentang apa yang pasangan suka atau tidak suka.
3. Pernahkah pasangan curang/menipu atau ditipu pasangan yang lalu?
Soalan ini mungkin soalan yang agak sukar untuk lelaki, dan agak serius untuk ditanya pada awal perhubungan, namun masih penting untuk anda memahami pendapat pasangan baru anda tentang kesetiaan dan kejujuran dalam hubungan. Jika mereka telah menipu atau ditipu pada masa lalu, ini boleh memberi anda peluang untuk cuba melakukan atau memberikan layanan yang lebih baik.
4. Apakah memori zaman kanak-kanak kegemaran mereka?
Bertanya tentang zaman kanak-kanak pasangan anda, terutamanya memori yang baik, akan membolehkan anda mengenali mereka dengan lebih mendalam dan akan menunjukkan kepada anda perkara-perkara serta individu yang penting bagi mereka.
5. Terangkan dinamik keluarga mereka.
Memahami dinamik keluarga pasangan baru anda, atau sekurang-kurangnya berapa adik-beradik dan saudara mara yang mereka ada akan memberikan anda peluang untuk lebih kenal siapa mereka. Jadi habiskan sedikit masa anda dengan memberi pasangan anda peluang untuk bercerita tentang dinamik keluarga mereka.
6. Apakah hadiah terbaik yang pernah pasangan terima?
Penting juga untuk anda ambil tahu apakah hadiah kegemaran pasangan, ianya bukan sahaja akan memberi anda gambaran tentang jenis perkara yang pasangan anda hargai, tetapi ia juga akan memberi anda idea untuk mendapatkan hadiah yang seterusnya untuk mereka.
7. Ahli keluarga manakah yang mempunyai kesan paling besar kepada mereka, dan kenapa?
Penting juga untuk anda tahu siapa yang menjadi contoh atau role model kepada pasangan, siapa yang paling dihormati dan sebabnya. Soalan untuk pasangan seperti ini juga dapat membantu anda untuk lebih mendalami mereka sebagai seorang individu.
8. Apa yang pasangan anda pelajari tentang perkahwinan daripada ibu bapa mereka?
Memilih pasangan bukan mudah. Penting untuk anda tahu latar belakang dan masa silam yang membentuk pasangan menjadi siapa dirinya pada hari ini. Antara soalan yang best dan sudah tentu boleh memberikan anda idea tentang diri mereka adalah apa yang mereka pelajari dari perkahwinan ibu bapanya. Banyak yang anda boleh tahu daripada soalan ini!
9. Adakah terdapat apa-apa perkara yang pasangan menyesal buat atau tidak buat dalam hubungan yang lepas?
10. Apakah jenis peraturan yang anda ada di rumah pasangan semasa membesar?
Soalan Mengenai Personaliti Pasangan
11. Apakah tabiat atau kebiasaan paling pelik pasangan?
Setiap orang pasti ada tabiat pelik yang mereka malu, atau takut nak beritahu. Jadi, boleh lah anda cuba bertanya tentang tabiat pelik pasangan sebelum terlambat. Mana lah tahu sekiranya tabiat pelik mereka boleh membuatkan anda tidak selesa. Soalan ini juga boleh menyumbang kepada momen yang menyeronokkan sekiranya jawapan atau tabiat yang mereka ada adalah sesuatu yang lucu.
12. Apakah gaya konflik pasangan?
Setiap hubungan pasti ada masalah. Jadi, sebelum adanya masalah atau konflik yang perlu diselesaikan, cepat-cepat lah bertanya dan memahami gaya konflik pasangan anda. Bila dah tahu, boleh la anda dan pasangan menangani konflik dengan lebih berkesan.
13. Apakah kelebihan atau bakat mereka?
Kadang-kadang, anda perlu juga tanya soalan sweet untuk kekasih dan beri peluang kepada mereka untuk bermegah tentang diri sendiri. Jadi, cubalah tanya mereka tentang bakat atau kelebihan yang mereka ada. Soalan begini boleh memberi anda gambaran tentang sesuatu yang pasangan banggakan.
14. Apakah kelemahan mereka?
Soalan ini pun penting juga. Walaupun bagus untuk sentiasa memberi pujian kepada pasangan, penting juga untuk anda tahu apa kelemahan mereka. Soalan untuk mengenali pasangan ini bukan sahaja akan menggalakkan mereka untuk berterus-terang, tetapi ia juga akan memberi anda peluang untuk berfikir sama ada kelemahan tersebut memberi kesan negatif kepada anda.
15. Bagaimana tabiat perbelanjaan pasangan?
Masalah kewangan sering menjadi punca masalah dalam sesuatu hubungan. Memahami tabiat perbelanjaan pasangan anda dari awal akan membantu anda memastikan ada persefahaman, atau sekurang-kurangnya akan memberi anda sedikit sebanyak fahaman tentang tabiat perbelanjaan anda yang berbeza.
16. Apakah perkara yang pasangan tidak bersedia untuk berkompromi?
Sebelum hubungan menjadi lebih serius, penting untuk anda ambil tahu sama ada pasangan jenis yang boleh berkompromi atau tidak. Selalunya, kompromi adalah salah satu cara nak uji lelaki sayang kita. Kalau susah untuk pasangan anda mengalah untuk ada, kemungkinan besar mereka tidak mencintai anda.
17. Adakah pasangan seorang yang berdaya saing?
Nak bercinta bukan mudah, kadang-kala kita juga perlu cari pasangan yang sesuai dengan cara kita berfikir. Ada yang mahukan pasangan yang pandai dan berdaya saing. Jadi boleh la anda cuba tanya, atau kenal pasti sama ada pasangan jenis yang berdaya saing atau jenis yang tidak ambil tahu dan sebagainya.
18. Apakah sepuluh perkara yang pasangan akan bawa ke pulau terpencil?
Soalan psikologi seperti ini, walaupun kedengaran lucu, dapat memberi anda gambaran tentang cara pasangan anda berfikir dan ia mungkin akan mencetuskan perbualan yang menarik. Cuba tanya pasangan anda dan lihat apa yang mereka katakan.
19. Apakah lagu kegemaran mereka?
Selain soalan seperti di atas, superlatif juga salah satu cara terbaik untuk mengenali pasangan anda dengan lebih baik. Sama ada anda bertanya tentang lagu kegemaran, artis kegemaran atau filem kegemaran, superaliti adalah permulaan perbualan yang menyeronokkan.
20. Apakah cita-cita dan impian pasangan untuk diri mereka?
Soalan Mengenai Hubungan
21. Apakah bahasa cinta pasangan anda?
Bahasa cinta, ataupun lebih dikenali sebagai ‘love language’ amat penting untuk difahami apabila anda baru nak mulakan hubungan. Cuba tanya pasangan anda tentang cara mereka suka memberi dan menerima kasih sayang, soalan ini pasti akan membantu anda mendalami dengan lebih mendalam tentang cara mereka dalam hubungan.
22. Apakah jangkaan mereka untuk hubungan ini?
Selain soalan ringan, anda juga boleh bertanya atau menetapkan apa yang anda dan pasangan mahukan dalam hubungan. Anda perlu faham, di zaman moden ini ramai yang hanya mahukan hubungan yang tidak serius dan tidak mahu terikat dengan perkahwinan. Sekiranya anda seorang yang mahukan hubungan yang serius, lebih baik untuk dapatkan pasangan yang sama seperti anda.
Sekiranya pasangan anda sekarang tidak mahukan apa yang anda harapkan dalam hubungan, usah risau – GoBuddy Malaysia kan ada. Cari dan kenali individu yang sama seperti anda secara online sahaja!
23. Apakah aktiviti malam temu janji kegemaran pasangan anda?
Dalam hubungan, penting untuk ambil tahu apa yang pasangan suka atau tidak suka. Jadi, cuba tanya pasangan anda sama ada dia sukakan date night yang tenang di rumah atau makan malam di restoran mewah? Hubungan yang sihat adalah hubungan dimana anda sering keluar meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti yang kedua anda suka.
24. Apa yang membuatkan mereka berasa paling disayangi?
Selain mengetahui bahasa cinta pasangan anda, adalah penting untuk mengetahui perkara khusus yang membuatkan mereka berasa paling disayangi. Sekotak coklat atau sejambak bunga? Mengambil masa untuk berjalan-jalan? Meninggalkan nota kecil di sekeliling rumah?
25. Adakah mereka percaya pada hubungan monogami?
Soalan ini mungkin sedikit pelik bagi sesetengah orang. Tapi anda perlu tahu dalam zaman sekarang, ramai orang yang tidak sukakan hubungan monogami dan lebih percaya kepada hubungan poligami. Sekiranya anda tidak selesa dengan hubungan terbuka, atau yang sering digelar sebagai ‘open relationship’, maka anda perlu tahu pandangan pasangan anda.
26. Apakah perkara yang paling pasangan anda suka tentang anda?
Tidak ada salahnya untuk memancing pujian sekali-sekala. Dalam perhubungan adalah penting untuk terus menunjukkan kepada pasangan anda bahawa mereka disayangi. Kadang-kadang anda hanya memerlukan pasangan anda untuk mengatakan sesuatu yang baik tentang anda.
27. Adakah pasangan suka menghabiskan masa dengan rakan dan keluarga anda?
Setelah anda mengenali pasangan dengan lebih lanjut, cuba fahami sama ada mereka suka menghabiskan masa dengan rakan dan keluarga anda. Hubungan akan menjadi sukar sekiranya pasangan tidak sukakan rakan dan keluarga anda.
28. Apakah definisi mereka tentang hubungan yang baik?
29. Adakah terdapat sebarang corak yang muncul dalam hubungan pasangan anda yang lalu, dan adakah mereka melihat perkara itu berlaku dengan hubungan anda sekarang?
Soalan Mengenai Masa Depan
30. Adakah mereka bersedia untuk menjalin hubungan jangka panjang?
Sebelum mengambil langkah seterusnya, penting untuk anda dan pasangan ketahui sejauh mana kesediaan masing masing dalam mempunyai komitmen jangka panjang. Menanyakan soalan sebegini secara langsung akan membantu anda memahami sama ada hubungan anda sudah bersedia untuk pergi ke tahap yang seterusnya.
31. Adakah anda mahu tinggal bersama sebelum berkahwin?
Apabila hubungan anda menjadi semakin serius, penting untuk mula bercakap tentang sama ada perlu untuk anda berdua tinggal bersama. Adakah ini sesuatu yang anda akan lakukan sebelum berkahwin? Selepas bertunang? Selepas kahwin? Memastikan bahawa anda berada di persetujuan yang sama tentang perkara ini adalah penting sebelum mengambil langkah seterusnya.
32. Inginkan majlis kahwin yang besar atau kecil?
Ini juga antara salah satu soalan yang penting. Tapi, sebelum soalan ini diajukan kepada pasangan, pastikan mereka ingin berkahwin dengan anda terlebih dahulu! Kemudian, barulah anda boleh duduk dan berbincang sama ada pasangan inginkan majlis kahwin atau tidak, dan sama ada kenduri tersebut harus dihadiri ramai orang atau hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja.
33. Di manakah pasangan melihat diri mereka dalam tempoh lima tahun?
Kedengaran seperti soalan temuduga kerja, bukan? Tapi, bagi sesetengah mereka yang sukakan pasangan yang mempunyai matlamat hidup, penting untuk anda tahu sama ada mereka mempunyai rancangan yang menarik serta sama ada anda termasuk dalam rancangan masa depan mereka.
34. Apakah matlamat yang mereka ada untuk hubungan ini?
Adakah anda berharap untuk berkahwin dalam beberapa tahun? Adakah anda mahu pindah masuk bersama? Atau adakah anda ingin mengambil masa dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan? Ini adalah antara soalan untuk pasangan yang sukar dan akan menunjukkan kepada anda sama ada visi anda untuk perhubungan itu adalah sejajar.
35. Di mana pasangan mahu tinggal pada masa hadapan?
Lokasi boleh menjadi punca masalah atau konflik dalam hubungan yang serius. Adakah pasangan anda mempunyai rancangan untuk berpindah ke luar negara? Atau pulang ke kampung halaman? Ini adalah perkara yang perlu anda ketahui sebelum membawa perkara ke peringkat seterusnya.
36. Bagaimana anda menentukan kejayaan?
Kejayaan itu adalah sesuatu yang subjektif, untuk benar-benar mengenali pasangan anda, cuba fahami apa itu kejayaan untuk mereka. Anda dan pasangan seharusnya mempunyai idea yang lebih kurang sama tentang apa itu kejayaan untuk hidup bersama bagi jangka masa yang panjang.
37. Apa yang pasangan anda mahu lakukan apabila mereka bersara?
38. Adakah anda dan pasangan menjadikan satu sama lain sebagai orang yang lebih baik?
Jika anda sedang mencari pasangan hidup, penting untuk anda berdua menggalakkan satu sama lain untuk menjadi lebih baik. Bertanya sama ada pasangan anda menjadikan anda lebih baik dan sebaliknya akan membantu anda menilai sama ada anda berada dalam hubungan yang sihat.
39. Apakah pendapat pasangan tentang agama?
Adalah penting untuk anda tahu sama ada pasangan anda percaya pada agama atau tidak, dan sama ada faktor agama penting dalam hubungan anda. Tak semua orang berpendapat yang sama tentang agama dan kepercayaan, jadi pastikan anda dan pasangan mempunyai fahaman yang sama.
40. Adakah mereka mahu haiwan peliharaan?
Adakah pasangan anda cintakan haiwan seperti anjing dan kucing? Adakah salah satu daripada perkara itu boleh menjejaskan hubungan anda? Haiwan peliharaan boleh menjadi sebab intim atau punca perkelahian dalam sesetengah perhubungan.
41. Adakah anda mahu anak?
Sejajar dengan soalan tentang haiwan peliharaan, adakah anda mahukan anak? Adakah pasangan anda berpendapat yang sama? Jika anda mahukan hubungan jangka panjang yang harmoni, anda dan pasangan perlulah berpendapat yang sama tentang hal ini.
42. Bagaimana anda membelanjakan satu juta ringgit?
Semua orang mesti mahukan pasangan yang bertanggungjawab dan tidak boros. Katakan anda memenangi loteri semasa anda bersama sebagai pasangan, adalah baik untuk mengetahui terlebih dahulu cara pasangan anda akan membelanjakan wang tersebut. Atau sekurang-kurangnya memahami sama ada mereka bijak atau tamak.
43. Adakah pasangan anda percaya pada karma?
Soalan ini mungkin tak berapa penting, tapi seronok untuk tahu sama ada pasangan anda seorang yang percayakan pada karma. Sama ada seseorang percaya atau tidak percaya pada karma sering memberikan gambaran tentang cara mereka melayan individu lain di dalam hidup mereka.
44. Adakah mereka percaya kepada kehidupan akhirat?
Walaupun ini adalah soalan yang agak sukar, bergantung pada tindak balas pasangan anda, adalah baik untuk mengetahui pendapat pasangan anda tentang kehidupan di dunia dan potensi kehidupan akhirat. Sama juga macam konsep agama, untuk hidup bersama, kena lah tahu apa pendapat mereka.
45. Pada pendapat anda, apakah yang menjadikan seseorang itu manusia yang baik?
Setiap orang inginkan individu yang baik untuk dijadikan pasangan sehidup semati. Mengetahui lebih lanjut tentang apa yang pasangan anda lihat sebagai seorang manusia yang baik boleh membantu anda mengenali mereka dengan lebih mendalam.
46. Bagaimanakah anda menunjukkan kebaikan kepada orang lain?
Tidak ada seorang individu pun yang berfikir dengan cara yang sama, justeru, soalan untuk pasangan yang terakhir ini dijamin dapat memberikan anda idea yang lebih mendalam tentang pasangan anda.
Kenali Pasangan Anda dengan Lebih Baik dengan GoBuddy
Ketahuilah bahawa pada setiap kali anda berkongsi maklumat peribadi kepada orang lain, ia meningkatkan keintiman antara anda dan mereka. Justeru, adalah penting untuk anda dan pasangan bertukar-tukar soalan untuk mengenali antara satu sama lain. Diharapkan senarai soalan untuk mengenali pasangan kami berguna untuk anda dan orang tersayang.
Bagi anda yang masih tercari-cari pasangan yang ideal untuk anda, jangan risau, kerana kami di Sundate telah menyediakan platform yang efektif dan menarik untuk anda untuk anda berjumpa dengan orang yang mempunyai minat dan kepercayaan yang sama.
Anda hanya perlu memuat turun GoBuddy dari App Store (iOS App Store/ Google Play Store) dan daftar akaun dengan nombor telefon anda, kemudian anda boleh mula mencai pasangan. Aplikasi ini percuma untuk disertai dan terokai. Tiada yuran atau caj tersembunyi untuk mendaftar akaun baru!