Di Malaysia, trend temu janji atas talian semakin banyak digunakan. Ini kerana temu janji atas talian adalah cara yang mudah dan menyeronokkan untuk berhubung dengan orang lain.
Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan atau tidak tahu cara ice-breaker yang ramah tapi santai. Ada yang hanya sekadar menghantar emoji sebagai pembuka bicara kerana rasa gementar atau malu.
Tahukah anda, di aplikasi temu janji, penggunaan pickup line Melayu adalah sangat penting?
Ini bertujuan untuk menunjukkan minat anda terhadap seseorang dan membuka ruang untuk mula bercakap, mengenali antara satu sama lain dengan selesa dan bersahaja. Anda tentu ingin tampil cool pada awal pertemuan kan?
Di dalam artikel ini kami akan berkongsi jenis-jenis pickup line yang boleh anda gunakan ketika bertemu dengan bakal cinta atau pasangan yang anda minati.
Tidak semestinya pickupline ini perlu digunakan di awal perkenalan, ia juga boleh digunakan sebagai pick up line rindu untuk merapatkan lagi hubungan yang sudah mesra.
Tiada Masalah Kelu Lidah Lagi Dengan Senarai Ayat Pickup Line Melayu Ini
Sesetengah ayat pickup line boleh kedengaran agak berterus-terang dan ada juga yang sweet dan kelakar. Jadi sangat penting untuk menggunakan pickup line yang boleh membuatkan anda rasa selesa dan yakin apabila menggunakannya.
Menggunakan ayat pickup line boleh menjadikan anda berani untuk berinteraksi dengan wanita atau lelaki yang anda minati. Ketika berinteraksi objektif anda ialah untuk mendekati dan mengenali si dia.
Sweet pickup line padu yang terbaik ialah yang datang dari hati yang ikhlas dan menyampaikan sesuatu yang relevan dan bukan sekadar memetik ayat pickupline dari filem ataupun buku.
Ayat Pick Up Line Padu
Ayat sweet pickupline padu ini boleh mewujudkan getaran kepada kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Untuk berjaya menggunakannya anda mestilah yakin dan ikhlas ketika menyampaikannya.
- Saya harap awak tahu buat CPR sebab awak membuatkan nafas saya terhenti.
- Saya seorang pengembara masa kerana saya nampak awak dalam masa depan saya.
- Awak perlukan Vitamin S— Vitamin Saya.
- Saya macam pernah lihat muka awak sebelum ni. Ohhh muka awak macam bakal teman wanita saya.
- Nama awak Google ya? Sebab awak ada jawapan kepada semua persoalan tentang cinta saya.
- Saya seorang penulis buku. Buku tentang kisah cinta saya dan awak.
- Ada yang tak kena dengan mata saya sebab dari tadi saya tak boleh pandang tempat lain, saya hanya boleh pandang awak je.
- Awak tahu… senyuman awak telah yang telah membuatkan saya terasa ingin masuk ke cafe ini. Boleh saya tahu siapa nama awak?
Ayat Pickupline Cair
Pickupline cair boleh digunakan untuk lelaki dan perempuan. Selalunya ayat pickup line cair boleh digunakan di awal perkenalan.
Ayat pickup line di bawah mungkin kedengaran agak janggal tapi ia mampu memberikan senyuman buat si dia yang anda minati.
- Awak ada peta tak sebab saya hilang arah selepas memandang mata awak.
- Hai, siapa nama awak? Awak masih ingat saya? Oh, betul—kita hanya pernah bertemu dalam mimpi saya.
- Sejak saya jumpa awak saya selalu rasa takut— takut kehilangan awak!
- Cuba awak tutup mata. Gelapkan? Begitu lah hidup saya jika tidak bersama awak.
- Kalau saya dah banyak duit saya nak beli kapal selam, sebab saya nak selami hati awak.
- Nama awak siapa? Ke saya boleh panggil awak cik manis je?
- Saya patut minta awak bayar sewa sebab dah lama awak duduk dalam hati dan fikiran saya.
- Saya nak baca buku lah. Awak nak baca apa? Baca hati dan fikiran awak.
- Kaki saya luka, sebab saya terjatuh dalam hati awak!
Ayat Pickupline Cinta
Ini bukan ayat mengorat untuk digunakan dalam nada lucu atau melawak. Gunakan ia dengan penuh keyakinan, tenang dan bersahaja.
Fikirkan Johnny Depp dari filem The Tourist. Yakin, tenang, dan penuh karisma.
- Hidup saya dah lengkap, sebab saya dah ada awak dalam hidup saya.
- Maafkan saya. Saya tahu ini agak pelik dan saya juga sangat pemalu…saya nak tahu…ayat pickup line apa yang paling sesuai dengan awak?
- Hei, saya tahu ini agak pelik, tetapi saya ingin beritahu awak yang baju yang awak pakai malam ini membuatkan awak kelihatan sangat menakjubkan [sambil menunjukkan kepada pakaian si dia]
- Boleh tak awak cubit saya? Saya tak pasti saya sedang bermimpi atau ini ialah realiti?
- Kalau menyukai awak satu kesalahan, saya tak nak buat perkara yang betul.
Ayat Pickup Line Untuk Lelaki
Biasanya ayat pick up line sweet untuk lelaki mesti kena bunyi macho atau kelakar sikit. Sebab kaum lelaki suka kalau dipuji. Lebih-lebih lagi kalau dipuji oleh orang perempuan.
- Kalau awak robot Transformer, mesti awak ni Optimus-Fine!
- Boleh tak awak bawa saya ke klinik? Sebab kaki saya luka bila terjatuh dalam hati awak.
- Awak, saya sakit lah. Sakit apa? Sakit gigi, sebab awak manis sangat
- Hari ni panas sangat. Awak rasa sebab global warming atau awak?
- Saya dah jatuh – jatuh jauh ke dasar hati awak!
- Kalau awak sejenis sayur nama awak mesti Cutecumber!
- Awak suka tengok filem Harry Potter tak? Suka. Kenapa? Sebab awak macam salah seorang watak dalam cerita tu. Yang mana satu? I dumbelodore you!
- Maaf, bolehkah awak kosongkan poket awak sekarang? Saya rasa awak telah mencuri hati saya.
- Saya boleh baca isi hati awak tau. Ya? Saya tahu ada saya di hati awak.
- Awak kenal Neil Armstrong? Kenal kenapa? Beza awak dengan dia ialah dia mendarat di bulan dan awak mendarat di atas hati saya.
Pick Up Line Untuk Perempuan
Jika anda sedang mencari ayat pickup line sweet untuk perempuan, kami sediakan ayat- ayat mengorat yang sweet yang boleh anda gunakan. Ayat pickupline untuk gadis-gadis selalunya mestilah manis untuk didengar, betul tak?
- Saya rasa handphone saya rosak, boleh awak cuba hubungi saya?
- Saya bukan jurugambar, tapi saya boleh gambarkan awak dan saya bersama.
- Kalau awak lagu, awak pasti lagu yang paling saya gemari.
- Saya ingat Disneyland tempat yang paling menggembirakan, tetapi rupanya saya salah. Kerana hati awak tempat yang saya paling bahagia.
- Nasib baik saya dah beli insurans sebab awak hentikan jantung saya.
- Selain daripada jadi cantik dan menawan apa lagi awak boleh buat?
- Awak tak penat ke? Sebab awak asyik berlari-lari di fikiran saya.
- Awak tenung apa tu. Bulan, cantikkan? Tapi tak secantik awak.
- Saya dah tahu semua huruf ABC, tapi saya nak tahu pasal U sekarang ni. Boleh ke?
- Saya rasa handphone saya rosak, sebab dalam phonebook ni takde nombor awak!
Ayat Pickupline Lawak
Salah satu cara terbaik untuk menarik perhatian orang yang anda suka ialah dengan memulakan interaksi dengan pickupline lawak. Kalau kena pada gaya dan waktu, mereka akan memberi tindak balas dalam masa yang singkat.
- Nak tau tak apa dia yang akan buat awak nampak lagi menarik bila berjalan di khalayak ramai? Bila awak berjalan dengan saya!
- Awak kerja di TNB ke? Sebab awak menerangi hidup saya.
- Orang kata kita kena selalu mengejar mimpi dan impian kita, jadi boleh saya bersama awak?
- Senyuman awak manis sangat, saya lupa nak cakap apa tadi.
- Nama saya ______, tapi kalau awak nak panggil saya sayang pun boleh. Chia chia chia
- Boleh tak saya tunjuk gambar awak pada kawan-kawan saya? Supaya mereka percaya bidadari betul-betul wujud.
- Awak suka Star Wars tak? Sebab Yoda only one for me!
- Jom sama-sama jadi pencuri nak? Awak curi hati saya dan saya curi hati awak.
- Nak tau tak apa dia makanan kegemaran saya? MENU– me n u!
- Tangan awak nampak berat. Nak saya tolong pegangkan?
- Boleh tak awak hantar selfie awak? Awak nak buat apa? Saya nak tunjuk mak saya gambar bakal menantu dia.
- Apa cita-cita awak? Petani. Kenapa nak jadi petani? Supaya dapat menanam benih-benih cinta di hati awak
- Tahu tak apa beza awak dengan banduan? Banduan dikurung penjara tapi awak terkurung di hati saya.
- Tengok ni lutut saya luka sebab tadi saya dah jatuh ke hati awak
Ayat Teka Teki Pickup Line
Ada yang suka memulakan interaksi dengan bertanyakan teka-teki. Walaupun teki-tekinya ada yang tak masuk akal atau terlalu cheesy, tetapi ayat sweet untuk lelaki dan perempuan ini lebih padu dan boleh membuatkan si dia ketawa kecil.
- Nak tau tak apa air kegemaran saya tak? I love you! Chia chia chia
- Awak tahu tak baju apa yang awak pakai paling cantik? Baju kahwin kita nanti.
- Cuba teka hari ni saya pakai apa? Senyuman yang awak bagi semalam.
- Ayah awak mesti seorang pencuri yang paling hebat dalam sejarah. Kenapa pulak? Dia mencuri semua bintang di langit, dan letak semua dalam mata awak. Sebab tu mata awak bersinar
- Saya seorang superhero, cuba teka nama saya siapa? Superman? Bukan… Yourman!
- Awak nak tahu tak apa beza awak dengan bulan? Apa dia awak? Awak bercahaya dalam hati dan jiwa saya.
- Awak ni kamera ke? Sebab bila pandang awak je rasa nak senyum.
- Saya pernah nampak gambar awak di Spotify. Kat mana? Hottest Single dalam minggu ini kan?
- Nak tau apa beza awak dengan gula? Gula maniskan makanan, awak maniskan hidup saya yang tawar ni
Ayat Pantun Pickupline
Ayat mengorat jenis pantun sesuai digunakan untuk mereka yang suka berpuisi. Kalau ayat mengorat pantun diberikan kepada orang yang anda minati bukan sahaja mereka akan rasa kagum tetapi pasti membuatkan mereka tertambat hati dengan anda. Tak percaya cuba hantar pantun ni pada crush anda.
- Ikan selayang, ikan kelah, kalau suka cakap je lah.
- Buah jambu baru dipetik; Buah limau masam mencuka; Ada banyak wanita cantik; Cuma awak yang saya suka.
- Ada gula ada kopi; Disimpan pula dalam almari; Rindu sentiasa di dalam hati; Teringat awak sepanjang hari
Dah tahu Ayat Mengorat Mana Satu Anda Ingin Cuba?
Untuk mendapatkan perhatian daripada seseorang bukanlah sesuatu yang mudah. Ayat pickupline Melayu sentiasa mempunyai reputasi negatif, tetapi jika digunakan pada waktu dan cara yang betul ia boleh membantu merapatkan hubungan anda dengan si dia.
Apabila menggunakan ayat – ayat pick up line anda perlu rasa yakin. Anda tidak mahu kelihatan malu atau sombong apabila menggunakan ayat pick up line kerana ia akan hanya membuatkan anda dan bakal pasangan berasa kekok atau ia bertukar ke pickupline sentap pula nanti.
Bagi mereka yang sedang mencari ‘sugar daddy’, terdapat banyak pilihan yang boleh anda terokai. Walau bagaimanapun, Sundate mungkin adalah pertaruhan terbaik anda – ia mempunyai reputasi sebagai salah satu platform dalam talian terbaik untuk tujuan ini dan tidak menjejaskan kualiti dengan perkhidmatan premiumnya.
Platform ini sangat mudah digunakan, anda boleh mencari profil yang disahkan, malah ia akan memadankan anda dengan ‘sugar baby’ atau ‘sugar daddy’ yang sempurna berdasarkan pilihan anda. Cinta sejati mungkin lebih dekat daripada yang anda fikirkan!
Daftar di Sundate sekarang dan temui cinta romantis anda yang seterusnya!