Kita semua pernah berada dalam situasi di mana si dia online tapi tak chat. Lepas tu kita akan berfikir macam-macam perkara antaranya “dia ada orang lain ke? Atau saya ada buat salah ke? Kalau makin fikir buat kita lagi jadi tidak tentu arah.
Ia amat menjengkelkan apabila anda tahu orang itu online tetapi tak balas mesej Whatsapp.
Kebanyakan orang akan mencuba menghantar lagi mesej sampai si dia balas. Walaupun dalam hati mereka tahu mereka tidak akan mendapat sebarang respons.
Online tapi tak reply Whatsapp memang menjengkelkan, tapi mesti ada sebab mengapa si dia tidak terus balas. Jangan terus marah dan fikir yang buruk sahaja. Jom kita lihat antara sebab mengapa si dia tidak terus balas mesej anda
Nampak Online Tapi Kenapa Si Dia Tak Chat?
Sibuk
Sibuk merupakan alasan yang sangat cliche kenapa si dia lambat balas. Tapi sebenarnya memang betul pun dia sibuk. Mungkin sedang sibuk dalam mesyuarat atau sedang sibuk menguruskan hal-hal kerja yang penting. Selain hubungan anda dengan dia, pekerjaan atau college assignments pun penting juga.
Jadi cuba jangan fikir sangat jika anda tidak mendapat maklum balas daripadanya dengan segera. Tidak kira berapa lama masa yang diambil untuk dia membalas, tetap bersabar dan memahami mengapa dia tidak dapat menjawab mesej anda dengan segera.

Tak Tahu Nak Cakap Apa
Kadang-kadang si dia tak tahu nak balas apa sebab tak tahu nak pilih ayat yang sesuai. Atau si dia bimbang dia akan membalas dengan sesuatu yang salah dan terus membuatkan ada terasa hati.
Anda kena tahu bahawa setiap orang membalas mesej dengan reaksi dan masa yang berbeza. Ada yang lambat reply, dan ada yang membalas serta-merta. Dalam situasi macam ni, cuba hantar mesej semula dan jelaskan tentang mesej yang dihantar dan bersabar dengan respons dari si dia.
Terlupa
Mungkin si dia dah baca tapi tiba-tiba ada sesuatu yang terpaksa dia lakukan dahulu. Jadi dia terlupa terus nak balas. Online tapi tak balas mungkin sebab dia terlupa untuk balas ketika itu juga.
Jadi dari terus berfikir negatif cuba hantar mesej sekali lagi dan bertanya tentang mesej yang telah dihantar sebelum ini.
Banyak Sangat Tanya & Rasa Mesej Tak Penting
Selalu bila kita hantar mesej, tapi si dia diam walaupun kita nampak dia online. Ini antara sebab kenapa lelaki tak balas Whatsapp sebab dia rasa mesej yang dihantar tu kurang penting. Ini lah maksud dry texter tu.
Contoh nya perempuan hantar mesej “ I dah beli kasut baru”. Mungkin pada fikiran kaum lelaki teman wanitanya hanya nak berkongsi info jadi tak perlu balas. Lain pula dengan kaum wanita yang sebenarnya ingin lelaki bertanya untuk menunjukkan minat.

Tak Pasti Dengan Perasaannya
Mungkin bila dah keluar dating beberapa kali hanya sebelah pihak sahaja yang seronok dan mahu hubungan menjadi lebih serius. Tapi sebelah pihak lagi kurang pasti dengan perasaannya dan tidak tahu cara meluahkannya supaya tidak ada yang terasa hati.
Apabila mesej yang dihantar tidak berbalas walaupun si dia online, cubalah bersabar dan beri masa untuk dia berfikir. Jika dia berminat untuk meneruskan hubungan sudah pasti dia akan membalas pesanan yang dihantar.
Silent/Airplane/ Dnd Mode
Mungkin bila si dia tidak dapat membalas mesej serta merta sebab handphone dalam mode silent, airplane atau Dnd. Si dia mungkin sedang bekerja atau sedang dalam perjalanan menaiki kapal terbang atau sedang berehat atau tidur dan tidak mahu diganggu. Jangan terus sedih dan sangka si dia ada perempuan lain pula ya.

Rimas/ Rasa Partner Annoying
Pasangan atau bakal pasangan yang hantar mesej setiap 5 minit sangat annoying kan? Setiap masa kena tanya sedang buat atau di mana. Rasa rimas pun boleh jadi sebab mengapa Whatsapp online tapi tak reply. Tak suka asyik nak kena jawab mesej je.
Mungkin pasangan anda bimbang tentang keselamatan anda atau hanya cuba untuk terus berhubung sepanjang hari. Jadi dari bermasam muka atau rasa rimas cuba berterus terang dan jelaskan dengan baik mengapa si dia tidak perlu menghantar mesej dengan kerap. Ini lebih baik daripada mengelak dan mengendahkan mesej yang diterima.
Si Dia Nak Awak Mesej Dulu
Kenapa perempuan tidak balas mesej sebab dia nak awak mesej dia dulu. Perempuan kan mudah rasa malu dan segan, jadi takkan dia nak hantar mesej dulu. Jadi dah tahu pasangan anda orangnya pemalu, kena lah anda mulakan dulu menghantar pesanan padanya. Lelaki tak tahu kadang-kadang perempuan ni suka bila lelaki hantar mesej sweet-sweet.
Merajuk
Merajuk juga salah satu sebab kenapa dia online tapi tak balas mesej. Cuba fikir apa yang anda telah lakukan sampai dia merajuk. Jadi cuba hantar mesej berbunga supaya si dia lembut hati dan tak merajuk lagi.
Dia Ingin Menjauhkan Diri
Mungkin si dia sedang bersedih atau ingin menyelesaikan sesuatu masalah. Beri dia masa dan ruang untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Jangan terus marah dan menghantar mesej dengan kerap hanya kerana nak puaskan hati sendiri.
Perlukan Ruang
Adalah perkara biasa untuk berasa sakit hati atau keliru apabila seseorang tidak membalas mesej yang dihantar. Tapi anda kena faham kerana si dia mungkin dibebani dengan tanggungjawab kerja atau keluarga dan memerlukan ruang dan masa untuk berfikir dan berehat seketika.
Gaming
Lelaki jarang contact atau lambat balas mesej mungkin sebab dia sedang main game. Sama ada RPG, Battle Royale, The Calls Of Duty – kalau main memang berjam-jam.
Jangan risau! Dia mungkin hanya memerlukan sedikit masa untuk membalas mesej yang anda hantar. Nanti dah habis main si dia akan terus balas.

Tidur
Ini memang alasan yang paling biasa kita dengar. “Saya tertidur”. Mungkin si dia terlalu penat dengan kerja sehingga tak dapat nak baca pesanan yang dihantar.
Mesej Lebih Baik- Cara Mendekati Si Dia Melalui Mesej
Cara memulakan conversasi adalah sangat penting pada awal hubungan. Dan cara paling biasa untuk mendekati seseorang yang anda suka ialah melalui mesej. Tetapi menghantar sebarang mesej sahaja mungkin tidak berjaya kerana mesej yang dihantar perlu menarik dan meyakinkan. Mengetahui cara menulis mesej dengan betul boleh mendekatkan anda dengan si dia.
Jadi Lebih Kreatif!
Menghantar pick-up line yang menghiburkan atau menarik akan mencuri perhatian si dia.
Beri Pujian
Anda tentu mahu lebih dari perhubungan platonik kan? Jadi beri si dia kata-kata pujian melalui mesej yang dihantar yang meyakinkan si dia yang anda betul-betul sukakan dia.
Balas Dengan Bersahaja Dan Cool
Jangan terburu-buru membalas mesej. Hantar pesanan yang memuji dengan ikhlas dan penuh makna. Tiada orang yang suka mereka yang terlalu serius jadi sentiasa mulakan mesej dengan jenaka ringan yang lucu.
Jangan Hantar Mesej Dengan Kerap
Jika si dia lambat balas, jangan hantar lagi mesej yang sama setiap 5 minit. Tunggu beberapa jam dan hantar mesej lagi untuk pastikan si dia ok.
Mesej Je- Cinta Dalam Dunia Digital
Jangan rasa rungsing kalau si dia tak balas mesej atau lambat balas mesej yang anda hantar. Biarkan si dia mengambil masa untuk membalas dan jangan terus-menerus menghantar mesej sehingga si dia rasa rimas. Kadang-kadang si dia juga ada keutamaan dan tanggungjawab lain. Yang paling penting ialah persefahaman dan kejujuran kan?
Jika anda ingin mencari teman baru atau sugar dating Malaysia, cuba Sundate. Ia merupakan platform online dating yang sesuai dan menarik untuk mereka yang ingin bertemu pasangan yang mempunyai minat yang sama. Terdapat ramai pengguna baru setiap hari yang menggunakan Sundate jadi peluang anda untuk berjumpa seseorang yang anda suka sangat tinggi. Jom cuba Sundate hari ini.